ad
PBT

Hargai khidmat bakti, 127 kakitangan MPK cemerlang terima anugerah

18 Mac 2023, 2:30 AM
Hargai khidmat bakti, 127 kakitangan MPK cemerlang terima anugerah
Hargai khidmat bakti, 127 kakitangan MPK cemerlang terima anugerah
Hargai khidmat bakti, 127 kakitangan MPK cemerlang terima anugerah

KLANG, 18 MAC: Seramai 127 kakitangan Majlis Perbandaran Klang (MPK) menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) bagi tahun 2022 dalam majlis yang berlangsung di Dewan Hamzah di sini, malam tadi.

Yang Dipertuanya Noraini Roslan berkata acara tahunan itu bertujuan mengiktiraf dan menghargai khidmat bakti serta sumbangan warga kerja MPK yang menunjukkan prestasi kerja cemerlang.

“Saya berharap semua penerima anugerah ini akan terus komited dan meningkatkan prestasi kerja masing-masing demi menaikkan lagi imej, kredibiliti, kecekapan tadbir urus yang baik serta memperbaiki penyampaian perkhidmatan MPK,” katanya.

[caption id="attachment_572340" align="aligncenter" width="815"] Yang Dipertua Majlis Perbandaran Klang (MPK) Noraini Roslan (tengah) menyampaikan Anugerah kepada pesara Pembantu Tadbir Goh Chew Lian (kiri) sempena Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan Sanjungan Budi MPK 2022 di Dewan Hamzah, MPK, Klang pada 17 Mac 2023. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI[/caption]

Berucap pada majlis APC dan sanjungan budi MPK 2022 beliau berkata majlis sama turut memberi dua Anugerah Khas Yang Dipertua selain penghargaan kepada 25 pesara.

Turut hadir pada majlis itu Pegawai Kewangan Negeri Dr Ahmad Fadzli Ahmad Tajuddin.

Sementara itu, Ahmad Fadzli berkata beliau berharap agar pengiktirafan dan penghargaan seumpama itu menjadi pendorong dan penyuntik semangat kepada penerima untuk terus menyampaikan perkhidmatan yang lebih berkualiti, seterusnya menjadi contoh dan mentor terbaik kepada rakan sekerja yang lain.

[caption id="attachment_572338" align="aligncenter" width="718"] Pegawai Kewangan Negeri Dr Ahmad Fadzli Ahmad Tajuddin (tengah) menyampaikan Anugerah Cemerlang kepada Jurutera Azhar Kasban (kiri) disaksikan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Klang Noraini Roslan di Dewan Hamzah, MPK, Klang pada 17 Mac 2023. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI[/caption]

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.