ad
ADN

177kg lebihan makanan di sidang DNS diserah kepada rumah kebajikan

17 Mac 2023, 3:30 PM
177kg lebihan makanan di sidang DNS diserah kepada rumah kebajikan

SHAH ALAM, 17 MAC: Sebanyak 177 kilogram (kg) lebihan makanan sepanjang sidang Dewan Negeri Selangor (DNS) kali ini disumbang kepada rumah kebajikan.

Wakil rakyat Subang Jaya berkata kerjasama dengan syarikat What A Waste sebagai usaha mengurangkan penghasilan karbon yang bakal memberi kesan kepada perubahan iklim serta pemanasan global.

“Kalau dikira, lebihan makanan yang dikumpul sejak Selasa lalu akan hasilkan lebih 442 kg karbon. Makin banyak karbon dihasilkan, makin panas suhu dunia.

“Ini punca berlakunya kejadian banjir, kemarau. Jadi dengan langkah ini kita dapat mengurangkan karbon di samping mendidik orang awam,” kata Michelle Ng Mei Sze pada sidang media di Dewan Annex hari ini.

Beliau berkata inisiatif yang diusahakan sejak sidang DNS tahun lalu berjaya mengumpul hampir 170 kg lebihan makanan.

“Langkah ini akan diteruskan pada DNS akan datang demi menjaga kelestarian alam sekitar,” katanya.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.