ad
AGENDA

Bah Johor: Lebih 16,000 ketua isi rumah terjejas terima bantuan RM1,000

17 Mac 2023, 6:05 AM
Bah Johor: Lebih 16,000 ketua isi rumah terjejas terima bantuan RM1,000

SHAH ALAM, 17 MAC: Seramai 16,167 ketua isi rumah yang terjejas bah di Johor sudah menerima bantuan wang ehsan RM1,000 daripada kerajaan.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata peruntukan tambahan berjumlah RM150 juta daripada Kementerian Kewangan dan beberapa projek pascabanjir dinegeri itu turut disegerakan.

"Setakat ini 16,167 ketua isi rumah telah menerima RM1,000 bantuan wang ehsan daripada kerajaan," katanya dalam sidang media di Putrajaya hari ini.

"Ada peruntukan tambahan RM150 juta daripada Kementerian Kewangan dan juga Timbalan Perdana Menteri (Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi) yang mempengerusikan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negara juga telah turun dan mengenal pasti beberapa projek pascabanjir bersama Menteri Besar serta Kerajaan Negeri Johor."

Cakna dengan beban yang dipikul mangsa bah sangat besar, Anwar menyeru semua pertubuhan bukan kerajaan (NGO), pihak universiti dan sukarelawan daripada pelbagai jabatan untuk turun membantu program pascabanjir.

 

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.