ad
EXCO

Penghuni rumah kebajikan berpeluang ikuti kursus kemahiran percuma selama enam bulan

12 Mac 2023, 9:01 AM
Penghuni rumah kebajikan berpeluang ikuti kursus kemahiran percuma selama enam bulan
Penghuni rumah kebajikan berpeluang ikuti kursus kemahiran percuma selama enam bulan

Oleh DIANA ABD WAHAB

SHAH ALAM, 12 MAC: Penghuni rumah kebajikan berusia 18 tahun berpeluang mengikuti kursus kemahiran secara percuma selama enam bulan anjuran Kerajaan Negeri.

EXCO pembangunan modal insan berkata inisiatif itu diambil bagi menjamin kehidupan dan masa depan mereka selepas tidak lagi mendiami pusat berkenaan.

[caption id="attachment_525023" align="aligncenter" width="752"] EXCO Pembangunan Generasi Muda Mohd Khairuddin Othman bercakap kepada media sempena program Selangor Mega Job Fair 2022 di Pusat Konvensyen Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Shah Alam pada 11 Jun 2022. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI[/caption]

“Kita dapat maklumat ramai dalam kalangan mereka tiada tempat untuk dituju selepas keluar dari rumah perlindungan.

“Disebabkan itu menerusi pertemuan dengan Pusat Pembangunan Kemahiran Teknikal Negeri Selangor (STDC) kita wajibkan semua penghuni rumah perlindungan jalani kursus teknikal di situ.

“Tempoh kursus selama enam bulan supaya selepas selesai ikuti kursus mereka boleh cari pekerjaan,” kata Mohd Khairuddin Othman.

Ditemui selepas program Back To School- Selangor Prihatin di sini hari ini, beliau berkata yuran kursus berkenaan dibiaya sepenuhnya Kerajaan Negeri menerusi Inisiatif Kemahiran Teknikal dan Iktisas Smart Selangor (IKTISASS).

“Kursus sangat murah dan Kerajaan Negeri akan bayar, mereka hanya perlu belajar sahaja.

“Program ini juga terbuka untuk belia yang berminat sertai kursus kemahiran jangka pendek di kampus STDC, Kuala Selangor,” katanya.

Khairuddin berkata antara program kemahiran yang ditawarkan STDC termasuklah automotiif, semburan cat, elektrik, fesyen, terapi spa, kulinari, penyamanan udara dan pastri.

STDC merupakan inisiatif Kerajaan Negeri untuk merencana Agenda Pendidikan Unggul bawah strategi Belanjawan 2020

Menerusi langkah itu,  STDC menawarkan pelbagai latihan teknikal dan vokasional yang berkualiti dan berdampak tinggi ke arah Revolusi Industri 4.0.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.