ad
ADN

Tugu Peringatan Tunku Abdul Rahman mercu tanda baharu Kampung Tunku

11 Mac 2023, 8:30 AM
Tugu Peringatan Tunku Abdul Rahman mercu tanda baharu Kampung Tunku
Tugu Peringatan Tunku Abdul Rahman mercu tanda baharu Kampung Tunku

Oleh Shamz Johan

SUBANG JAYA, 11 MAC: Tugu Peringatan Tunku Abdul Rahman yang terletak berhampiran Sekolah Kebangsaan Kampung Tunku, di sini, menjadi mercu tanda baharu penduduk Dewan Undangan Negeri (DUN) tersebut.

[caption id="attachment_571144" align="alignleft" width="303"] ADN Kampung Tunku Lim Yi Wei. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORINI[/caption]

Wakil rakyatnya Lim Yu Weu berkata pihaknya berusaha membaik pulih dan mengindahkan tugu tersebut dengan  permukaan batu kerikil sebagai monumen kebanggan penduduk.

"Malah kita menambah plak dengan petikan ayat daripada Tunku Abdul Rahman iaitu We are all malaysians.

This is the bond that unites us. Let us always remember that unity is our fundamental strength as a people and as a nation.

"Petikan ayat ini diharap memberi inspirasi atas usaha kita untuk mewujudkan masyarakat yang bersatu padu dan harmoni," katanya kepada Selangorkini.

Semalam, Tugu Peringatan Tunku Abdul Rahman itu dirasmikan Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari sebelum menunaikan solat Jumaat.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.