ad
AGENDA

MB bersarapan di Taman Putra Perdana, swafoto dengan penduduk

11 Mac 2023, 2:00 AM
MB bersarapan di Taman Putra Perdana, swafoto dengan penduduk
MB bersarapan di Taman Putra Perdana, swafoto dengan penduduk

Oleh SUHAILA SHAHRUL ANNUAR

SEPANG, 11 MAC: Dato’ Menteri Besar menyantuni penduduk sekitar Sepang dengan bersarapan di Restoran Dapur Kampung, Taman Putra Perdana di sini pagi ini.

Dalam kunjungan kira-kira 30 minit itu, Dato’ Seri Amirudin Shari memilih menikmati nasi lemak sambal sotong iaitu menu popular di kedai berkenaan.

Beliau yang diiringi Yang Dipertua Majlis Perbandaran Sepang (MPSepang) Dato’ Abd Hamid Hussain sempat beramah mesra dan bertanya khabar pengunjung di situ.

[caption id="attachment_571178" align="alignnone" width="736"] Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berswafoto bersama penduduk ketika menikmati sarapan di Restoran Dapur Kampung Taman Putra Perdana, Sepang pada 11 Mac 2023. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/SELANGORKINI[/caption]

Amirudin turut memenuhi permintaan pengunjung yang teruja mahu bergambar dan berswafoto bersamanya.

Terdahulu, beliau menunaikan solat Subuh berjemaah di Masjid Taman Putra Perdana.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.