ad
AGENDA

Sukarelawan Selangor sedia gerak anggota bersih rumah warga emas terjejas banjir di Johor

9 Mac 2023, 1:02 PM
Sukarelawan Selangor sedia gerak anggota bersih rumah warga emas terjejas banjir di Johor
Sukarelawan Selangor sedia gerak anggota bersih rumah warga emas terjejas banjir di Johor
Sukarelawan Selangor sedia gerak anggota bersih rumah warga emas terjejas banjir di Johor
Sukarelawan Selangor sedia gerak anggota bersih rumah warga emas terjejas banjir di Johor

LABIS, 9 MAC: Sukarelawan Selangor (Serve) sedia menggerakkan anggota bagi membersihkan beberapa kediaman di daerah ini yang terjejas susulan banjir.

Pengarah eksekutif Majlis Sukan Negeri (MSN) Selangor berkata pihaknya menerima permohonan daripada penduduk terutama warga emas yang memerlukan bantuan pembersihan ruang dalam rumah.

[caption id="attachment_570911" align="aligncenter" width="737"] EXCO Pembangunan Modal Insan Mohd Khairuddin Othman
bergambar bersama sukarelawan ketika Misi Bantuan Selangor Penyayang : Bantuan Pembersihan Pasca Banjir Johor Darul Takzim di Kampung Jawa Baru Chaah, Johor pada 9 Mac 2023. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI[/caption]

“Misi kali ini untuk bersihkan sampah pukal bagi mengelak longgokan sisa yang banyak di tepi jalan kampung, namun ada permintaan beberapa kediaman dihuni warga emas untuk bersihkan kawasan rumah.

“Kita prihatin memandangkan kebanyakan warga emas di sini tinggal bersendirian dan tiada anak-anak, jadi agak sukar untuk mereka bersihkan sendiri,” kata Mohamad Nizam Marjugi.

[caption id="attachment_570910" align="alignleft" width="360"] Pengarah eksekutif Majlis Sukan Negeri (MSN) Selangor Mohamad Nizam Marjugi. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI[/caption]

Beliau ditemui pada Misi Bantuan Selangor Penyayang fasa dua di Kampung Jawa Baru di sini hari ini yang diketuai EXCO Pembangunan Modal Insan Mohd Khairuddin Othman.

Sementara itu, Mohamad Nizam berkata operasi pembersihan itu melibatkan keanggotaan sama seramai 30 orang dengan satu rumah dijangka mengambil masa sejam.

“Kita akan buat sekali harung supaya kerja pembersihan jadi lebih cepat. Mungkin satu rumah kita tempatkan lima hingga 10 anggota.

“Segala perkakas cucian seperti pam dan penyembur air juga sudah dibawa. Pihak berkuasa tempatan turut membawa tangki air bagi memudahkan operasi pembersihan,” katanya.

Semalam, Mohd Khairuddin memaklumkan misi bantuan pascabanjir fasa dua di daerah ini menumpukan pembersihan longgakan sisa pukal dari sembilan penempatan penduduk yang terjejas teruk akibat bencana itu awal bulan ini.

[caption id="attachment_570914" align="aligncenter" width="670"] Sukarelawan membersihkan rumah penduduk ketika Misi Bantuan Selangor Penyayang : Bantuan Pembersihan Pasca Banjir Johor Darul Takzim di Kampung Jawa Baru Chaah, Johor pada 9 Mac 2023. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI[/caption]

Beliau turut menyatakan kesediaan untuk melaksanakan pembersihan dalam kediaman mangsa terlibat, namun bergantung kepada keperluan.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.