ad
AGENDA

Sultan Selangor berkenan rasmi Hospital Cyberjaya

9 Mac 2023, 6:49 AM
Sultan Selangor berkenan rasmi Hospital Cyberjaya

SEPANG, 9 MAC: Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj hari ini berkenan merasmikan Hospital Cyberjaya di sini.

Turut mencemar duli berangkat ke majlis perasmian DYMM Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin dan Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah.

Hadir sama Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari, Timbalan Menteri Kesihatan Lukanisman Awang Sauni dan Pengarah Hospital Cyberjaya Dr Shahabudin Ibrahim.

Pada majlis itu Sultan Sharafuddin turut berkenan menandatangani plak sebagai simbolik perasmian.

Selepas majlis perasmian Sultan Sharafuddin dan Tengku Permaisuri Norashikin turut berkenan melawat ke Jabatan Radiologi, farmasi pesakit luar dan wad pediatrik hospital berkenaan.

Hospital Cyberjaya yang beroperasi sejak 11 November tahun lalu dibina dengan peruntukan sebanyak RM508.8 juta di kawasan seluas 12.8 ekar.

Berkapasiti 288 katil di bangunan setinggi sembilan tingkat sebanyak 14 perkhidmatan kepakaran disediakan secara berfasa sejak hospital berkenaan memulakan operasi.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.