ad
AGENDA

Kelas robotik, muzik antara aktiviti Pustaka Raja Tun Uda pada cuti sekolah

8 Mac 2023, 2:00 PM
Kelas robotik, muzik antara aktiviti Pustaka Raja Tun Uda pada cuti sekolah
Kelas robotik, muzik antara aktiviti Pustaka Raja Tun Uda pada cuti sekolah

SHAH ALAM, 8 MAC : Pustaka Raja Tun Uda, Seksyen 13 di sini menganjurkan pelbagai aktiviti menarik sepanjang cuti sekolah bagi mengisi masa lapang anak-anak.

Pengarahnya Datin Paduka Mastura Muhamad berkata antara aktiviti disediakan adalah pelajar diberi peluang untuk membaca berita, membuat kek cawan, kelas robotik, kelas muzik dan mewarna.

"Semua aktiviti ini ditawarkan secara percuma. Hanya beberapa permainan sahaja memerlukan bayaran serendah RM5 seperti kelas masakan, kelas menjahit dan kelas kraftangan.

"Ibu bapa yang berminat untuk menghantar anak mereka boleh melayari laman sesawang  Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) untuk melihat jadual kemas kini aktiviti setiap hari," katanya kepada SelangorKini.

[caption id="attachment_570675" align="aligncenter" width="500"] Pustaka Raja Tun Uda di Seksyen 13, Shah Alam. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI[/caption]

Menurutnya, semua program terbuka kepada pelajar berusia lima hingga 17 tahun bermula 18 Februari hingga 18 Mac dari jam 9 pagi hingga 6 petang.

Sementara itu, Mastura berkata pihaknya turut menganjurkan pelbagai aktiviti sepanjang Ramadan antaranya Smart Solat, Tadarus al-Quran dan ‘Quran Hour’.

“Semua aktiviti ini akan dikemaskini dalam laman sesawang PPAS. Insya-Allah, pelbagai program dianjurkan kerana kita mahu masyarakat menjadikan perpustakaan ini sebagai rumah kedua mereka,” katanya.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.