ad
ADN

Hampir 4,000 warga emas DUN Rawang terima baucar beli-belah RM150

8 Mac 2023, 4:53 AM
Hampir 4,000 warga emas DUN Rawang terima baucar beli-belah RM150

OLEH AZIAN AZIZ

SHAH ALAM, 8 MAC: Hampir 4,000 baucar Jom Shopping diagihkan kepada ahli Skim Mesra Usia Emas (SMUE) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rawang sejak Januari hingga minggu lalu.

Wakil rakyatnya Chua Wei Kiat berkata lebih 1,000 permohonan baharu diterima dalam tempoh dua bulan lalu.

"Jika anda berumur 60 tahun ke atas, Kerajaan Negeri ada menyediakan SMUE. Melalui skim ini, anda akan mendapat RM150 Shopping Baucar bagi setiap tahun.

"Di Rawang, kita sudah berjaya agihkan hampir 4,000 keping baucar," katanya menerusi Facebook.

SMUE diperkenalkan lebih sedekad lalu bagi menghargai warga emas negeri ini dengan setiap ahli mendapat manfaat baucar hadiah hari jadi serta khairat kematian.

Bermula tahun ini, nilai baucar SMUE ditambah kepada RM150 berbanding RM100 sebelum ini dan jumlah sama turut diberi kepada peserta Skim Mesra Insan Istimewa (SMIS).

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.