AGENDA

Lebih 400 individu sertai Majlis Ihya’ Nisfu Syaaban anjuran Pekawanis

7 Mac 2023, 2:06 PM
Lebih 400 individu sertai Majlis Ihya’ Nisfu Syaaban anjuran Pekawanis
Lebih 400 individu sertai Majlis Ihya’ Nisfu Syaaban anjuran Pekawanis

SHAH ALAM, 7 MAC: Lebih 400 individu menyertai Majlis Ihya’ Nisfu Syaaban di Dewan Megawati, kediaman rasmi Dato’ Menteri Besar, di sini malam ini.

Tengku Puteri Datin Paduka Hajjah Arafiah Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz berkenan mencemar duli ke majlis anjuran Pertubuhan Kebajikan dan Amal Wanita Selangor (Pekawanis) itu.

Yang Dipertua Pekawanis Datin Seri Masdiana Muhamad turut menyerikan majlis yang dimulai dengan bacaan surah al-Waqiah diikuti zikir Wirdul Latif.

Majlis diteruskan dengan jamuan berbuka puasa, solat Maghrib, solat sunat hajat, bacaan surah yasin dan diakhiri dengan solat Isyak.

Turut hadir anak-anak pusat perlindungan Rumah Puteri Arafiah.

Tengku Puteri Datin Paduka Hajjah Arafiah Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz dan Yang Dipertua Pertubuhan Kebajikan dan Amal Wanita Selangor (Pekawanis) Datin Seri Masdiana Muhamad bersama orang ramai membaca zikir dan doa sepanjang tahun sempena Majlis Ihya’ Nisfu Syaaban di Dewan Megawati Kediaman Rasmi Menteri Besar, Seksyen 7, Shah Alam pada 7 Mac 2023. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.