ad
AGENSI

PBT perlu ambil kira kemudahan akses OKU sebelum lulus projek pembangunan infrastruktur

7 Mac 2023, 10:19 AM
PBT perlu ambil kira kemudahan akses OKU sebelum lulus projek pembangunan infrastruktur
PBT perlu ambil kira kemudahan akses OKU sebelum lulus projek pembangunan infrastruktur

SUBANG JAYA, 7 MAC: Pihak berkuasa tempatan (PBT) di Selangor perlu mengambil kira komponen orang kurang upaya (OKU) sebelum meluluskan sebarang projek pembangunan infrastruktur yang dikemukakan pemaju.

Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pembangunan) Dato’ Johary Anuar berkata permohonan bagi kebenaran merancang (KM) harus mempunyai senarai semak pengesahan kemudahan akses OKU.

Bagi pelan jalan dan parit, beliau menjelaskan pemohon perlu memastikan penyediaan lintasan pejalan kaki dari tempat OKU ke setiap pintu masuk bangunan selain lampu isyarat khas.

“Permohonan pelan bangunan pula kena pastikan ada tanjakan, pejalan kaki dalam bangunan dan tandas OKU mengikut spesifikasi ditetapkan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media sempena Persidangan Kita Selangor: Iltizam Reka Bentuk Sejagat Ke Arah Negeri Inklusif di Hotel Sunway Resort di sini hari ini.

EXCO Kerajaan Tempatan Ng Sze Han merasmikan persidangan berkenaan.

[caption id="attachment_570458" align="alignleft" width="326"] Dato' Johary Anuar. Foto MOHD YUSNI ARIFFIN/SELANGORKINI[/caption]

Mengulas lanjut Johary berkata mengambil contoh Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ), PBT itu menaik taraf laluan pejalan kaki sekitar USJ 10 pada 2020 yang membolehkan individu berkerusi roda melintas jalan dengan selesa ke kawasan komersial Taipan.

Menurutnya MBSJ juga menyediakan tiga set permainan di Taman Awam USJ 11/5 selain pemasangan set permainan inklusif di Jalan PP 22, Pinggiran Putra dan Jalan Tempua 9, Puchong Jaya yang selesai dilaksana Februari 2022.

“Penyediaan kemudahan ini sebahagian daripada usaha PBT berkenaan bagi memastikan kanak-kanak termasuk OKU dapat menggunakan kemudahan di taman,” katanya.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.