ad
AGENDA

Selangor FC guna teknologi Eropah pendekkan tempoh pulih kecederaan pemain

6 Mac 2023, 6:41 AM
Selangor FC guna teknologi Eropah pendekkan tempoh pulih kecederaan pemain

Oleh SHAMZ JOHAN

SHAH ALAM, 6 MAC: Selangor FC menerima kepakaran khusus dalam fisioterapi dan pemulihan pemain melalui kerjasama dengan BTL Industries Malaysia (BTL Malaysia) dan Persatuan Bolasepak Selangor (FAS).

Pengarah BTL Malaysia berkata peralatan menggunakan teknologi Eropah mampu memendekkan tempoh pemulihan dengan lebih cepat.

"Kita mempunyai peralatan berkaitan fisioterapi yang mampu mengurangkan kesakitan, kecederaan ketika bersukan terutama bola sepak, mengurangkan kadar tempoh pemulihan pemain dan kesemua peralatan ini menggunakan teknologi tinggi.

"Melalui kerjasama ini, kami dapat memahami lebih dekat tentang kesihatan dan pemulihan kecederaan pemain," kata M Mageswari.

Antara intipati kerjasama tersebut termasuk penyediaan kemudahan fisioterapi, bilik rawatan dan pelbagai rangkaian mesin berteknologi Eropah.

Semalam, Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah berkenan merasmikan Pusat Pemulihan dan Fisioterapi FAS bersama BTL Malaysia. Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif FAS Dr Johan Kamal.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.