ad
PBT

Dewan orang ramai Kampung Sungai Manggis dinaik taraf, pusat aktiviti penduduk

6 Mac 2023, 4:48 AM
Dewan orang ramai Kampung Sungai Manggis dinaik taraf, pusat aktiviti penduduk
Dewan orang ramai Kampung Sungai Manggis dinaik taraf, pusat aktiviti penduduk
Dewan orang ramai Kampung Sungai Manggis dinaik taraf, pusat aktiviti penduduk

KUALA LANGAT, 6 MAC: Hasrat penduduk Kampung Sungai Manggis mempunyai dewan serba guna dengan persekitaran selesa tercapai apabila kemudahan yang dibina sekitar 1980-an selesai dinaik taraf.

[caption id="attachment_570127" align="alignleft" width="300"] Ketua Kampung Sungai Manggis Khairul Nizam Jumi. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI[/caption]

Ketua Kampung Sungai Manggis Khairul Nizam Jumi berkata dewan orang ramai tersebut dinaik taraf dengan kos RM171,000 menggunakan peruntukan luar bandar.

"Selain itu, kawasan sekitar dewan juga diturap melibatkan kos RM40,000 di bawah peruntukan projek Selangor Penyayang.

“Dewan ini tidak pernah dinaik taraf sejak dibina. Apabila dilantik menjadi ketua kampung pada 2012, saya berazam untuk tambah baik. Kini, penduduk boleh anjur aktiviti di dewan ini dan tidak lagi bimbang kawasan sekeliling lecak jika hujan,” katanya.

Beliau ditemui selepas program lawatan ke dewan orang ramai Kampung Sungai Maggis yang turut dihadiri Pegawai Daerah Kuala Langat Muhammad Heeza Hassan.

[caption id="attachment_570126" align="alignright" width="300"] Pegawai Daerah Kuala Langat Muhammad Heeza Hassan. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI[/caption]

Sementara itu, Muhammad Heeza berharap penduduk memanfaatkan dewan tersebut sebagai tempat penganjuran pelbagai program.

“Saya minta penduduk sama-sama menjaga kemudahan disediakan dengan sebaiknya dan memastikannya dalam keadaan elok supaya semua dapat guna.

“Bagi pihak pejabat daerah, saya bersama pegawai akan memastikan penduduk setempat dapat menggunakan kemudahan dengan baik serta memastikan infrastruktur dibaiki,” katanya.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.