Oleh Shamz Johan
KAJANG, 5 MAC: Datin Seri Masdiana Muhamad meluang masa menyertai pertandingan 'Netball Shoot Out' di Arena Jubli Perak, Bandar Baru Bangi, petang semalam.
Acara sempena Jelajah Kita Selangor Penyayang (JKSP) Daerah Hulu Langat itu turut disertai kakitangan wanita Majlis Perbandaran Kajang (MPKj).
Isteri kepada Dato’ Menteri Besar kemudian turut merasmikan perlawanan persahabatan bola sepak antara pasukan Pilihan Dato' Menteri Besar menentang pasukan MPKj FC.
[caption id="attachment_569916" align="aligncenter" width="500"] Isteri kepada Dato' Menteri Besar Datin Seri Masdiana Muhamad menyampaikan hadiah kepada pemenang acara ‘Netball Shoot Out’ di Arena Jubli Perak, Hulu Langat pada 4 Mac 2023. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI[/caption]
Perlawanan itu menyaksikan Pilihan Dato' Menteri Besar dibarisi legenda Selangor seperti Azman Adnan, Shahril Arsat dan Nazzab Hizzan mengatasi MPKJ FC 3-0.
Program tersebut turut dihadiri Ahli Dewan Undangan Negeri (ADN) Sungai Ramal Mazwan Johar, Pegawai Daerah Hulu Langat Dr Ani Ahmad dan Setiausaha Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) Julaiha Jamaludin.
[caption id="attachment_569915" align="aligncenter" width="500"] Isteri kepada Dato’ Menteri Besar Datin Seri Masdiana Muhamad bergambar bersama pemain sebelum merasmikan perlawanan bola sepak antara pasukan Pilihan Dato’ Menteri Besar dan MPKj FC di Arena Jubli Perak, Hulu Langat pada 4 Mac 2023. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI[/caption]