ad
ADN

DUN Bukit Melawati peruntuk RM70,000 semarak program sepanjang Ramadan

2 Mac 2023, 12:30 PM
DUN Bukit Melawati peruntuk RM70,000 semarak program sepanjang Ramadan
DUN Bukit Melawati peruntuk RM70,000 semarak program sepanjang Ramadan

SHAH ALAM, 2 MAC: Sebanyak RM70,000 diperuntuk Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Melawati bagi mengimarahkan program sepanjang Ramadan tahun ini.

Wakil rakyatnya Juwairiya Zulkifli berkata daripada jumlah itu sebanyak RM36,500 disumbangkan kepada 15 surau, lapan masjid dan 11 Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK).

[caption id="attachment_552335" align="aligncenter" width="723"] Ahli Dewan Negeri (ADN) Bukit Melawati Juwairiya Zulkifli ditemu bual Media Selangor di pusat pentadbiran Kerajaan Negeri di Shah Alam pada 30 Mac 2022. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI[/caption]

"Setiap masjid akan menerima RM2,000 manakala surau RM1,000 dan MPKK pula RM500. Sumbangan ini bertujuan meringankan beban pihak pengurusan menganjurkan majlis ketika Ramadan," katanya.

Juwairiya berkata sumbangan akan diserahkan dalam satu majlis di setiap masjid dan surau terlibat pada minggu pertama Ramadan.

Selain edaran bubur lambuk dan kurma di tiga bazar Ramadan, pihakanya turut merancang menganjurkan majlis berbuka puasa bersama anak yatim dan menyantuni beberapa petugas barisan hadapan.

Sementara itu, Juwairiya mengalu-alukan golongan muslim di DUN berkenaan untuk memohon baucar Jom Shopping Aidilfitri bernilai RM200 secara terus di pusat khidmat masyarakatnya.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.