ad
AGENDA

KPKT: Pendapatan kurang, hutang tinggi punca rakyat tidak beli rumah

2 Mac 2023, 7:45 AM
KPKT: Pendapatan kurang, hutang tinggi punca rakyat tidak beli rumah

SHAH ALAM, 2 MAC: Kebanyakan rakyat tidak mampu membeli rumah kerana tidak mempunyai pendapatan mencukupi selain tahap keberhutangan yang tinggi, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Timbalan Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata perkara tersebut dinyatakan dalam kajian dilaksanakan Bank Negara Malaysia (BNM).

"Selain itu, harga rumah meningkat sehingga 4.1 peratus saban tahun berbanding peningkatan kadar pendapatan yang direkodkan hanya 2.1 peratus sahaja.

"Kadar itu tidak seimbang dan menyebabkan ramai rakyat masih tidak mampu untuk memiliki kediaman sendiri," katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Akmal berkata demikian menjawab soalan Onn Abu Bakar (Batu Pahat-HARAPAN) yang ingin mengetahui apakah inisiatif yang dilaksana kerajaan bagi memastikan rakyat dapat membeli kediaman sendiri.

Ahli parlimen Johor Bahru itu menambah kerajaan melaksanakan pelbagai inisiatif bagi memastikan rakyat dapat memiliki rumah berkualiti.

Menurutnya, antara pelaksanaan baharu kementerian adalah melakukan pemetaan indeks harga rumah berdasarkan pendapatan median rakyat mengikut lokasi tertentu.

"Ia bertujuan sebagai panduan kepada pemaju dan agensi perumahan bagi penetapan harga rumah di lokaliti berbeza mengikut daerah dan negeri," katanya.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.