ad
AGENDA

Jelajah Selangor pusing Hulu Langat, Kuala Langat hujung minggu ini

2 Mac 2023, 1:33 AM
Jelajah Selangor pusing Hulu Langat, Kuala Langat hujung minggu ini
Jelajah Selangor pusing Hulu Langat, Kuala Langat hujung minggu ini
Jelajah Selangor pusing Hulu Langat, Kuala Langat hujung minggu ini

SHAH ALAM, 2 MAC: Jelajah Kita Selangor Penyayang (JKSP) bagi mempromosi pelbagai inisiatif baharu dan ditambah baik untuk rakyat diteruskan hujung minggu ini di daerah Hulu Langat dan Kuala Langat.

Program yang dahulu dikenali sebagai Jelajah Selangor Penyayang (JSP) di Hulu Langat berlangsung pada 4 Mac di Padang KRT, Taman Impian Ehsan diikuti Banting Waterfront, Kuala Langat pada 5 Mac.

Dijadual bermula 9 pagi, program diserikan dengan pelbagai aktiviti antaranya pameran, jualan makanan, saringan kesihatan, dialog awam, sukan rakyat dan Jelajah Ehsan Rakyat.

Fasa pertama JKSP membuka tirainya pada 18 Februari di Klang yang dihadiri Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari manakala Rumah Terbuka Aidilfitri dan Rewang Sekampung mulai 28 April hingga 14 Mei.

Sebelum ini, Dato’ Menteri Besar mengumumkan program berkenaan yang dianjurkan bermula Jun tahun lalu akan berlangsung sehari bagi setiap lokasi dengan pengisian lebih padat.

Jelajah yang disusun semula dari Inisiatif Peduli Rakyat (IPR) sebelum ini dijayakan menerusi peruntukan RM350 juta bagi memberi manfaat kepada rakyat Selangor.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.