ad
AGENDA

MB mohon naik taraf Jalan Gombak-Bentong, atasi isu kesesakan, tingkat aspek keselamatan

1 Mac 2023, 1:27 PM
MB mohon naik taraf Jalan Gombak-Bentong, atasi isu kesesakan, tingkat aspek keselamatan

KUALA LUMPUR, 1 MAC: Ahli Parlimen Gombak memohon supaya Jalan Gombak ke Pahang menerusi Bentong dinaik taraf bagi mengatasi masalah kesesakan.

Dato' Seri Amirudin Shari yang juga Dato' Menteri Besar berkata jalan lama yang wujud sejak 1915 merupakan laluan alternatif kepada kenderaan berat khususnya waktu pagi dan malam.

"Saya harap Kementerian Pengangkutan atau Kementerian Kerja Raya dapat tumpukan naik taraf jalan tersebut," katanya ketika membahas Rang Undang-Undang Perbekalan (Belanjawan) 2023 di Parlimen, hari ini.

Amirudin menambah, naik taraf jalan tersebut dapat meningkatkan mobiliti antara Selangor dan Pahang selain bantu perkembangan ekonomi dan keselamatan pengguna jalan berkenaan.

"Jalan ini juga menjadi perhatian (pilihan) kepada penunggang basikal. Demi keselamatan dan keselesaan, saya harap perkara ini dapat dipertimbangkan," katanya.

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.