ad
AGENDA

Kerajaan pertimbang kembalikan khidmat feri ikonik Pulau Pinang

1 Mac 2023, 10:45 AM
Kerajaan pertimbang kembalikan khidmat feri ikonik Pulau Pinang
Kerajaan pertimbang kembalikan khidmat feri ikonik Pulau Pinang

GEORGE TOWN, 1 MAC: Kerajaan Persekutuan sedang mempertimbangkan untuk mengembalikan feri ikonik Pulau Pinang yang telah ditamatkan operasi pada 2020.

Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata pihaknya juga berdepan cabaran dari sudut operasi untuk mengembalikan feri ikonik itu disebabkan terminal lama sudah diubah suai untuk feri baharu yang hanya dapat membawa penumpang pejalan kaki dan penunggang motosikal.

[caption id="attachment_566814" align="aligncenter" width="812"] Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook mengadakan sidang media mengenai hala tuju dasar Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah Subang (LTSAAS) ketika mengadakan tinjauan di LTSAAS, Subang pada 6 Februari 2023. Foto BERNAMA[/caption]

"Projek pengubahsuaian terminal feri di kedua-dua belah bahagian pulau dan Seberang Perai ketika ini tidak lagi boleh menampung operasi feri ikonik melibatkan pergerakan kenderaan empat roda," katanya kepada pemberita selepas lawatan sehari ke Pulau Pinang hari ini.

Beliau berkata kerajaan juga akan meneliti cara operasi feri itu, sama ada sebagai feri pelancongan, feri roro atau feri muzium dan akan berbincang mengenai perkara itu dengan Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (SPPP).

Perkhidmatan feri berkenaan telah digantikan dengan bot laju bermula 1 Januari 2021.

Bot laju baharu yang diperkenalkan itu digunakan hanya untuk membawa penumpang pejalan kaki manakala feri ikonik sedia ada membawa kenderaan dua roda iaitu motosikal dan basikal.

Sementara itu, Loke berkata empat feri baharu akan mula beroperasi 1 Ogos ini dengan membawa penumpang pejalan kaki dan penunggang motosikal sahaja. - BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.