ad
AGENDA

Harga RON97, RON95, diesel kekal hingga 8 Mac

1 Mac 2023, 10:10 AM
Harga RON97, RON95, diesel kekal hingga 8 Mac

KUALA LUMPUR, 1 MAC: Harga runcit petrol RON97 dan RON95 serta diesel kekal tidak berubah bagi tempoh 2 hingga 8 Mac.

Kementerian Kewangan (MOF) dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan RON97 kekal pada RM3.35 seliter, RON95 (RM2.05) dan diesel (RM2.15).

"Bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga minyak global, kerajaan masih mengekalkan harga siling RON95 pada RM2.05 seliter dan diesel RM2.15 seliter, walaupun harga pasaran bagi kedua-dua produk telah melebihi paras harga siling ditetapkan," menurut kenyataan itu.

MOF berkata kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara.

- BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.