AGENDA

Bekalan air 14 kawasan di wilayah Hulu Langat pulih sepenuhnya

1 Mac 2023, 12:29 AM
Bekalan air 14 kawasan di wilayah Hulu Langat pulih sepenuhnya
Bekalan air 14 kawasan di wilayah Hulu Langat pulih sepenuhnya

SHAH ALAM, 1 MAC: Bekalan air 14 kawasan di wilayah Hulu Langat yang terjejas akibat insiden paip pecah di Persiaran Pekeliling, Seksyen 3, Bandar Baru Bangi pulih sepenuhnya 12 tengah malam tadi.

Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) merakamkan penghargaan kepada pengguna di atas kesabaran dan kerjasama yang diberikan sepanjang tempoh gangguan bekalan.

"Air Selangor ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada para pengguna di atas kesabaran dan kerjasama yang diberikan sepanjang tempoh gangguan bekalan air tidak berjadual ini," maklumnya di Facebook.

Semalam, Air Selangor memaklumkan insiden paip pecah mengakibatkan gangguan bekalan air tidak berjadual di 14 kawasan di wilayah Hulu Langat.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.