ad
AGENDA

Pemulihan bekalan air giat dilaksanakan, capai 21 peratus takat 6 petang

28 Feb 2023, 12:31 PM
Pemulihan bekalan air giat dilaksanakan, capai 21 peratus takat 6 petang

SHAH ALAM, 28 FEB: Status pemulihan bekalan air di kawasan terlibat insiden paip pecah di Persiaran Pekeliling, Seksyen 3, Bandar Baru Bangi capai 21 peratus setakat 6 petang tadi.

Menurut Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) tempoh pemulihan berbeza setiap kawasan bergantung kepada lokasi dan jarak premis pengguna.

Sehubungan itu, Air Selangor menyarankan pengguna agar membiarkan pili air mengalir sehingga jernih sebelum digunakan untuk kegunaan harian.

"Pengguna yang telah mendapat bekalan air akan menggunakan air secara berhemah bagi memastikan proses pemulihan di kawasan yang masih terjejas berjalan lancar seperti yang dijadualkan," katanya.

Terdahulu, Air Selangor memaklumkan insiden paip pecah mengakibatkan gangguan bekalan air tidak berjadual di 14 kawasan di wilayah Hulu Langat.

Berikut kawasan yang belum menerima bekalan air:

- Desa Surada

- Kajang Impian

- Perumahan Jalan Wan Siew

- Seksyen 1-16, Bandar Baru Bangi

- Sungai Ramal Dalam

- Sungai Tangkas

- Taman Intan

- Taman Kajang Mewah

- Taman Putra

- Taman Semarak

- Taman Sri Melor

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.