ad
BERITA UTAMA

MBPJ sumbang baucar beli keperluan sekolah kepada 60 keluarga B40

28 Feb 2023, 10:04 AM
MBPJ sumbang baucar beli keperluan sekolah kepada 60 keluarga B40

OLEH AZIAN AZIZ

PETALING JAYA, 28 FEB: Sebanyak 60 keluarga berpendapatan rendah (B40) dalam kawasan Majlis Perbandaran Petaling Jaya (MBPJ) menerima baucar membeli keperluan sekolah seperti pakaian seragam, kasut dan alat tulis bernilai RM300 setiap keluarga.

Sekretariat Media Unit Komuniti Korporat MBPJ dalam kenyataan berkata pemberian baucar melalui program 'Jom Shopping Kembali Ke Sekolah' diadakan di Pasar Raya Besar Mydin Subang Jaya pada 25 Februari lalu.

"Pemberian sumbangan ini bertujuan meringankan beban penduduk berpendapatan RM2,000 ke bawah dan mempunyai tanggungan anak bersekolah yang ramai.

"Program ini merupakan tanggungjawab sosial MBPJ kepada komuniti setempat," katanya.

Kenyataan itu memberitahu kesemua penerima sumbangan merupakan penduduk berdaftar di bawah Program Pembasmian Kemiskinan Bandar (PPKB) di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kota Damansara, Lembah Subang, Petaling Jaya Selatan, Desa Mentari dan kawasan lain.

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.