ad
AGENSI

Sultan berkenan terima menghadap ketua polis Selangor baharu

28 Feb 2023, 6:28 AM
Sultan berkenan terima menghadap ketua polis Selangor baharu

SHAH ALAM, 28 FEB: Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj berkenan menerima menghadap ketua polis Selangor baharu di Istana Bukit Kayangan, di sini semalam.

Facebook Royal Selangor Office memaklumkan Dato' Hussein Omar Khan yang berkhidmat hampir 27 tahun sebagai anggota polis dilantik berkuat kuasa 24 Februari lalu.

"Turut menghadap, Timbalan Ketua Polis Selangor Dato' S Sasikala Devi," maklumnya.

Hussein, 52, lulusan Ijazah Sarjana Sains Siasatan Forensik, Universiti Leicester, United Kingdom merupakan bekas timbalan pengarah (risikan/operasi), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.