ad
AGENSI

Dedah lebih ramai pemimpin wanita dalam politik, kerja sosial

28 Feb 2023, 6:25 AM
Dedah lebih ramai pemimpin wanita dalam politik, kerja sosial
Dedah lebih ramai pemimpin wanita dalam politik, kerja sosial

Oleh AZIAN AZIZ

SHAH ALAM, 28 FEB: Akademi Kepimpinan Wanita (AKW) memberi pendedahan kepada golongan wanita dalam pelbagai aspek termasuk kemahiran organisasi, perkembangan peribadi serta pengurusan kewangan dan ekonomi.

Pengarah Program 'Forum Integriti Sebagai Inspirasi: Dari Aspirasi Ke Realiti', Cynthia Anand berkata AKW juga mengasah bakat wanita seterusnya melahirkan lebih ramai pemimpin dalam lapangan politik dan kerja sosial selaras dasar wanita Selangor.

"Forum terbabit adalah pelengkap kepada pengajian kami di AKW.

"AKW merupakan satu program intensif di bawah Jawatankuasa Tetap Pembangunan Wanita dan Keluarga Kerajaan Negeri melalui Wanita Berdaya Selangor Sdn Bhd," katanya.

[caption id="attachment_568921" align="aligncenter" width="794"] Bekas Presiden Majlis Peguam, Dato' S Ambiga (kiri) dan Ketua Jabatan Integriti & Governance, Menteri Besar Selangor Inc, Mudirah Muhd Nor (dua dari kiri) diundang sebagai ahli panel 'Forum Integriti Sebagai Inspirasi: Dari Aspirasi Ke Realiti', Akademi Kepimpinan Wanita (AKW) yang diadakan pada 19 Februari 2023 di Petaling Jaya, Selangor. Foto Akademi Kepimpinan Wanita[/caption]

Menurutnya AKW turut memberi pendedahan mengenai isu wanita di arena nasional dan antarabangsa.

Forum berkenaan diadakan 19 Februari lalu di pejabat malaysiakini di Jalan Tandang, Petaling Jaya, Selangor.

Forum disertai ahli panel terdiri Ketua Jabatan Integriti & Governance, Menteri Besar Selangor Inc, Mudirah Muhd Nor dan bekas presiden Majlis Peguam, Dato' S Ambiga.

Majlis dirasmikan Ahli Dewan Negeri (ADN) Bandar Utama Jamaliah Jamaluddin yang juga mentor akademi berkenaan.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.