ad
AGENDA

Inisiatif bantuan RiDE Selangor bukti pelaksanaannya berada di landasan tepat

27 Feb 2023, 12:00 AM
Inisiatif bantuan RiDE Selangor bukti pelaksanaannya berada di landasan tepat
Inisiatif bantuan RiDE Selangor bukti pelaksanaannya berada di landasan tepat
Inisiatif bantuan RiDE Selangor bukti pelaksanaannya berada di landasan tepat

KUALA SELANGOR, 27 FEB: Pengumuman bantuan kepada pekerja penghantar makanan atau barangan bermotosikal (p-panggilan) dalam Belanjawan 2023 merupakan bukti inisiatif Kerajaan Negeri berada di landasan betul.

EXCO Pembangunan Modal Insan Mohd Khairuddin Othman berkata bantuan kerajaan pusat tersebut mirip program Roda Darul Ehsan (RiDE) namun pelaksanaannya lebih menyeluruh.

[caption id="attachment_568689" align="aligncenter" width="740"]
EXCO pembangunan modal insan Mohd Khairuddin Othman mengunjungi pameran Jelajah Kita Selangor Penyayang (JKSP) daerah Kuala Selangor di Dataran Esplanade Eco Grandeur, Puncak Alam pada 26 Februari 2023.Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/SELANGORKINI[/caption]

“Selangor merupakan negeri pertama yang dekati golongan p-panggilan menerusi RiDE. Kita beri bantuan tunai RM500 kepada mereka.

“Sekarang, apabila kerajaan persekutuan pun mahu bantu, jadi kita tahu Selangor berada di landasan betul. Mereka boleh mohon dengan pusat atau Kerajaan Negeri,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Jelajah Selangor Kita Penyayang (JKSP) peringkat Kuala Selangor di Dataran Esplanade Eco Grandeur, semalam.

[caption id="attachment_568688" align="aligncenter" width="716"]
Program mewarna untuk kanak-kanak antara aktiviti Jelajah Kita Selangor Penyayang (JKSP) daerah Kuala Selangor di Dataran Esplanade Eco Grandeur, Puncak Alam pada 26 Februari 2023. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/SELANGORKINI[/caption]

Dalam pembentangan Belanjawan 2023, kerajaan bersetuju menanggung bayaran ujian memandu untuk lesen motosikal kelas B2 dan lesen teksi, bas dan p-panggilan.

Program RiDE yang diwujudkan Kerajaan Negeri pada 2020 menawarkan subsidi lesen motosikal B2 berjumlah RM350, kursus p-panggilan bernilai RM150 dan caruman Perkeso RM70 setahun.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.