ad
BUDAYA

Hari-hari yang berlalu

26 Feb 2023, 12:30 AM
Hari-hari yang berlalu

di udara ini , engkau ialah sebatang

tubuh muda yang mencuar rupa

ke dalam jernih pagi

mendung dan cerah menjadi cahaya

yang saling tenang

kerana rantau akan terbuka, kembara akan berwarna

ini semesta yang masih engkau tinggalkan

padaku

andainya jalan asal tiba untukmu

segulung ombak

berpulang menjadi air lautan

dan anyaman cahaya berbalik ke redup suria

inikah saat-saatnya buat kami?

menerima ingatan yang akan bernyala

selamanya di kalbu

sesudah hari itu berlalu.

 

Clariessa Kesulai

 

 

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.