ad
AGENDA

MB sumbang RM10,000 kepada Masjid Kampung Klang Gate, jaya program Ramadan

25 Feb 2023, 12:49 PM
MB sumbang RM10,000 kepada Masjid Kampung Klang Gate, jaya program Ramadan
MB sumbang RM10,000 kepada Masjid Kampung Klang Gate, jaya program Ramadan

GOMBAK, 25 FEB: Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI menghulurkan sumbangan RM10,000 kepada Masjid Kampung Klang Gate di sini bagi melaksanakan program Ramadan tahun ini.

Sumbangan itu diserahkan oleh Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari selepas menunaikan solat Asar sempena program Jelajah #KitaSelangor Penyayang (JKSP) daerah Gombak hari ini.

Nazir Masjid Kampung Klang Gate Jamal Abdul Nasir Mat Jamil berkata pihaknya menghargai sumbangan itu sekali gus pelbagai majlis boleh diadakan nanti.

"Terima kasih Dato' Menteri Besar, kami amat hargai kerana dengan bantuan ini kami boleh menganjurkan pelbagai lagi program sempena Ramadan nanti.

[caption id="attachment_568555" align="aligncenter" width="719"] Jemaah berswafoto bersama Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari selepas beliau menunaikan solat Asar berjemaah di Masjid Kampung Klang Gate, Gombak pada 25 Februari 2023. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI[/caption]

"Program dirancang adalah antaranya majlis berbuka puasa, sahur, qiamulail dan sumbangan kepada golongan memerlukan," katanya ketika ditemui.

Menurutnya, masjid yang baharu dibuka Mac tahun lalu itu sering menjadi perhatian warga kota untuk berhenti menunaikan solat kerana lokasinya strategik berhampiran lebuh raya.

Usai solat, Amirudin kemudian menyaksikan pertandingan badminton tertutup di Sekolah Kebangsaan Klang Gate dan perlawanan persahabatan bola sepak K'TAS FC lawan Hypernova FC di Brainy Bunch International School Kuala Lumpur.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.