ad
AGENDA

Sumbangan Tunai Rahmah diperluas untuk isi rumah bawah RM2,500

24 Feb 2023, 10:10 AM
Sumbangan Tunai Rahmah diperluas untuk isi rumah bawah RM2,500

SHAH ALAM, 24 FEB: Isi rumah berpendapatan bawah RM2,500 layak menerima sumbangan tunai menerusi program Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang dikemas kini.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata sumbangan sehingga RM2,500 diagihkan kepada keluarga yang terkesan, bergantung kepada bilangan anak.

"Kerajaan juga akan memberi sumbangan tambahan RM600 kepada isi rumah penerima STR termiskin mengikut data e-Kasih yang disalurkan dalam bentuk bakul makanan dan baucar barangan asas.

"Ini bermakna, keluarga dalam kumpulan miskin tegar layak terima sumbangan sehingga maksimum RM3,100 yang akan membantu meringankan beban sara hidup hampir 9 juta penerima," katanya.

Bercakap ketika membentangkan Belanjawan 2023 hari ini, Anwar yang juga menteri kewangan memaklumkan STR telah memanfaatkan lebih 60 peratus daripada rakyat dewasa negara.

Dalam pada itu, beliau turut mengumumkan tawaran kredit e-Tunai Belia Rahmah berjumlah RM200 kepada golongan tersebut dengan peruntukan RM400 juta.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.