ad
AGENDA

Bentang akta lindungi pemberi maklumat, capai agenda banteras rasuah

24 Feb 2023, 9:09 AM
Bentang akta lindungi pemberi maklumat, capai agenda banteras rasuah

SHAH ALAM, 24 FEB: Akta Perlindungan Pemberi Maklumat akan dipinda dan dibentangkan tahun ini bagi melindungi individu yang curiga atau takut apabila ingin menyalurkan maklumat.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata akta tersebut akan melindungi pemberi maklumat supaya agenda membanteras rasuah dan salah laku benar-benar menuaikan hasil.

"Selama ini ada orang berasa curiga, takut dan menerima tekanan, apabila ingin memberikan maklumat. Kerajaan bercadang untuk meminda dan membentangkan Akta Perlindungan Pemberi Maklumat.

"(Langkah ini) bagi melindungi pemberi maklumat supaya agenda membanteras rasuah dan salah laku benar-benar menuaikan hasil," katanya ketika membentangkan Belanjawan 2023 hari ini.

Dalam pada itu, Anwar yang juga menteri kewangan memaklumkan projek yang dibuat secara rundingan terus sebelum ini dibatalkan termasuk tebatan banjir.

"Setelah sebilangannya ditender semula secara telus, negara dijangka boleh jimat sekurang-kurangnya RM3 bilion dan diagih semula untuk dimanfaatkan melalui projek rakyat yang lain," katanya.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.