ad
AGENDA

Putrajaya tanggung kos ujian lesen motosikal B2, e-panggilan

24 Feb 2023, 8:48 AM
Putrajaya tanggung kos ujian lesen motosikal B2, e-panggilan

SHAH ALAM, 24 FEB: Kos ujian memandu untuk lesen motosikal kelas B2, lesen teksi, bas serta e-panggilan akan ditanggung sepenuhnya oleh Kerajaan Persekutuan.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan perkara tersebut ketika membentangkan Belanjawan Persekutuan 2023 di Parlimen hari ini.

"Kerajaan juga bersetuju menanggung bayaran ujian memandu untuk lesen motosikal kelas B2 dan lesen teksi, bas dan e-panggilan," katanya yang juga menteri kewangan.

Selain itu, beliau turut mengumumkan RM300 juta untuk menyokong perniagaan mikro oleh usahawan wanita dan belia selain peruntukan RM330 juta melalui Tekun.

"Mereka diberi modal memulakan perkhidmatan penghantaran menggunakan motosikal," katanya lagi.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.