ad
AGENDA

Perkhidmatan e-fail tahun taksiran 2022 dibuka mulai 1 Mac

23 Feb 2023, 11:57 AM
Perkhidmatan e-fail tahun taksiran 2022 dibuka mulai 1 Mac

KUALA LUMPUR, 23 FEB: Pembayar cukai individu dan selain individu boleh mengemukakan Borang Nyata (BN) Tahun Taksiran 2022 melalui e-Filing mulai 1 Mac ini, menurut Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL).

HASiL dalam kenyataan hari ini menyarankan pembayar cukai untuk menggunakan perkhidmatan e-Filing bagi tujuan pengemukaan BN melalui portal rasmi HASiL https://www.hasil.gov.my/ > MyTax > Perkhidmatan ezHasil > e-Filing atau secara terus ke MyTax; melalui portal https://mytax.hasil.gov.my/ atau aplikasi mudah alih.

Menurut kenyataan berkenaan, bagi ejen cukai pula digalakkan untuk menggunakan perkhidmatan TAeF (https://taef.hasil.gov.my/).

Kenyataan itu menyebut, pembayar cukai berdaftar yang log masuk kali pertama ke sistem e-Filing perlu mendapatkan No. PIN terlebih dahulu melalui MyTax > Pilih Jenis Pengenalan > No. Pengenalan > hantar dan pilih e-KYC (Mobile) atau e-CP55D (portal).

Maklumat lanjut berkenaan Program Memfail BN Bagi Tahun 2023 boleh dirujuk di portal rasmi HASiL atau klik pada pautan berikut untuk capaian pantas: Versi Bahasa Malaysia:https://www.hasil.gov.my/media/mpofkuqz/programmemfailbn_2023.pdf Versi Bahasa Inggeris: https://www.hasil.gov.my/media/esmb4pd1/rffilingprogramme_2023.pdf.

- BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.