ad
AGENSI

Yide perluas edaran kupon infaq, tingkat kutipan untuk anak yatim

23 Feb 2023, 4:06 AM
Yide perluas edaran kupon infaq, tingkat kutipan untuk anak yatim

SHAH ALAM, 23 FEB: Yayasan Islam Darul Ehsan (Yide) akan memperluas edaran kupon Infaq ke seluruh daerah di Selangor tahun ini bagi memastikan lebih banyak sumbangan disalur kepada anak yatim.

Pengurus Besarnya Nur Mohd Razali Abdullah berkata tahun lalu edaran kupon RM2 hanya membabitkan daerah Klang, Petaling, Gombak, Hulu Langat dan Sepang dengan kutipan RM1.03 juta.

“Tahun ini kita mahu memperluaskan edaran kepada semua daerah supaya kutipan untuk anak yatim bertambah.

“Kupon ini akan memberi peluang dan ruang kepada orang ramai untuk menyalurkan infaq sepanjang Ramadan kelak,” katanya dalam kenyataan.

Kelmarin, yayasan terbabit menyampaikan taklimat edaran kupon infaq kepada 210 ketua penolong dan penolong amil fitrah daerah Kuala Selangor.

Taklimat disampaikan Eksekutif Pemasaran (Dakwah) Yide Ahmad Fadhil Nor Rozaman di sebuah dewan di Tanjung Karang.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.