ad
AGENDA

SPRM telus jalankan siasatan, nafi pilih bulu kes individu terkenal

22 Feb 2023, 11:30 AM
SPRM telus jalankan siasatan, nafi pilih bulu kes individu terkenal
SPRM telus jalankan siasatan, nafi pilih bulu kes individu terkenal

GOMBAK, 22 FEB: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menafikan dakwaan agensi itu mengamalkan pilih bulu dalam setiap siasatannya.

Timbalan Pengarah Bahagian Pendidikan Masyarakatnya Ab Muneim Ibrahim berkata SPRM sentiasa ditohmah masyarakat terutamanya apabila kes membabitkan individu terkenal.

[caption id="attachment_568045" align="aligncenter" width="772"] Timbalan Pengarah Bahagian Pendidikan Masyarakat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Ab Muneim Ibrahim memberi ceramah kepada orang ramai pada Forum Bual Bicara Rasuah Membarah, Negara Pasti Musnah di Dewan MPKK Kampung Melayu Wira Damai, Gombak pada 22 Februari 2023. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI[/caption]

“Kami menyiasat secara telus. Kadang-kadang kami sering ditohmah kerana didakwa pilih bulu.

“Sebenarnya tugas kami hanya cari bukti sahaja. Selepas itu kami akan serahkan kepada timbalan pendakwa raya untuk proses pertuduhan jika ada bukti nyata,” katanya.

Ab Muneim berkata demikian ketika berucap sebagai panelis di Forum Anti Rasuah anjuran Wanita Berdaya Selangor di sini, hari ini.

Selain Ab Muneim, Ketua Eksekutif Yayasan Sinar Untuk Malaysia Rasuah Busters, Norhayati Nordin serta moderator Rosmawati Baharudin turut mengambil bahagian dalam forum berkenaan,.

Sebelum ini, beberapa ahli politik menuduh kerajaan menggunakan SPRM sebagai alat politik dan membuat siasatan terpilih bagi membunuh kredibiliti parti pembangkang.

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.