ad
AGENDA

Enam dewan negeri dijangka bubar mulai pertengahan Jun, kata MB

22 Feb 2023, 10:31 AM
Enam dewan negeri dijangka bubar mulai pertengahan Jun, kata MB

SHAH ALAM, 22 FEB: Enam negeri mencapai kata sepakat untuk mempertimbangkan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam dua minggu terakhir Jun ini, kata Dato' Menteri Besar.

Menerusi perkongsian di Facebook, Dato' Seri Amirudin Shari memaklumkan persefahaman tersebut dicapai ketika pertemuan bersama rakan sejawat beliau di Kuala Lumpur hari ini.

"Alhamdulillah kami berenam mengambil kesempatan minum petang di Kuala Lumpur sempena Mesyuarat Majlis Raja Raja yang bersidang dua hari ini.

"Secara ringkas kami mencapai kata sepakat untuk mempertimbangkan pembubaran Dewan Undangan Negeri masing-masing dalam dua minggu terakhir Jun 2023," katanya.

Amirudin berkata perkara tersebut akan dimaklum dan dibincangkan di peringkat parti sebelum dipersembah untuk mendapat perkenan Duli Yang Maha Mulia Sultan, Yang Dipertuan Besar serta Tuan Yang Terutama Negeri masing-masing.

"Semoga persefahaman ini dapat mempermudahkan usaha rakyat untuk merayakan demokrasi kelak, insya-Allah," katanya.

Enam negeri tersebut adalah Selangor, Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Kedah, Kelantan dan Terengganu.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.