ad
AGENDA

Rizab antarabangsa Bank Negara berjumlah US$114.4 bilion pada 15 Feb

22 Feb 2023, 9:04 AM
Rizab antarabangsa Bank Negara berjumlah US$114.4 bilion pada 15 Feb

KUALA LUMPUR, 22 FEB: Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah US$114.4 bilion (US$1= RM4.44) pada 15 Februari, 2023, dan paras rizab ini memadai untuk membiayai 5.0 bulan import barangan dan perkhidmatan, dan 1.0 kali jumlah hutang luar negeri jangka pendek.

Bank pusat dalam satu kenyataan hari ini berkata komponen utama rizab antarabangsa ialah rizab mata wang asing (US$102.1 bilion), paras rizab Tabung Kewangan Antarabangsa (US$1.4 bilion), Hak Pengeluaran Khas (SDR) (US$5.7 bilion), emas (US$2.3 bilion) dan aset rizab lain (US$2.9 bilion).

Sementara itu, jumlah aset berjumlah RM617.37 bilion, terdiri daripada emas dan pertukaran asing dan rizab-rizab lain termasuk SDR (RM502.28 bilion), kertas kerajaan Malaysia (RM12.82 bilion), deposit dengan institusi kewangan (RM1.44 bilion), pinjaman dan pendahuluan (RM23.74 bilion), tanah dan bangunan (RM4.14 bilion) dan aset-aset lain (RM72.96 bilion).

BNM berkata modal dan liabiliti terdiri daripada modal berbayar (RM100 juta), rizab (RM160.48 bilion), mata wang dalam edaran (RM161.94 bilion), deposit oleh institusi kewangan (RM208.75 bilion), deposit kerajaan persekutuan (RM10.41 bilion), deposit lain (RM36.91 bilion), kertas Bank Negara (RM6.17 bilion), peruntukan SDR (RM28.21 bilion) dan liabiliti-liabiliti lain (RM4.38 bilion).

- BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.