ad
AGENSI

Mais agih dana fidyah lebih RM91,000 kepada 621 keluarga

22 Feb 2023, 3:13 AM
Mais agih dana fidyah lebih RM91,000 kepada 621 keluarga

SHAH ALAM, 22 FEB: Majlis Agama Islam Selangor (Mais) mengagihkan peruntukan fidyah berjumlah RM91,908 kepada 621 keluarga yang layak di tiga daerah semalam.

Agensi di Facebook memaklumkan sumbangan dalam bentuk makanan asas bernilai RM148 setiap keluarga diserahkan di Sepang, Hulu Langat dan Kuala Langat.

“Sumbangan diberikan dalam bentuk makanan asas seperti beras, tepung, minyak, gula, sardin, serbuk minuman coklat, kari ayam siap dimasak, biskut dan sebagainya menggunakan peruntukan fidyah Mais," katanya.

Menurut Mais, agihan melibatkan kerjasama daripada 15 rakan strategik antaranya Surau Al-Iman Taman Dengkil, Maahad Tahfiz At-Tayyibah Dengkil dan Surau Madrasatul Sofwa.

Agensi juga mempelawa orang ramai yang belum menunaikan kewajipan membayar fidyah untuk berbuat demikian secara dalam talian menerusi http://fpx.mais.gov.my/epay/fidyah.php

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.