ad
AGENDA

Legenda Real Madrid Amancio Amaro meninggal dunia pada usia 83 tahun

21 Feb 2023, 2:30 PM
Legenda Real Madrid Amancio Amaro meninggal dunia pada usia 83 tahun

MADRID, 21 FEB: Legenda Real Madrid Amancio Amaro meninggal dunia pada pagi Selasa pada usia 83 tahun, lapor Xinhua.

Amancio menjaringkan 155 gol dalam 471 penampilan untuk kelab itu sebelum menggantung but pada 1976.

Beliau mewakili Sepanyol sebanyak 42 kali serta pernah memenangi Kejohanan Eropah pada tahun 1964 dan merupakan presiden kehormat di Real Madrid.

Selepas bersara, Amancio melatih pasukan B Real Madrid yang memenangi Divisyen Kedua Sepanyol pada 1984 dan melahirkan legenda kelab, seperti Emilio Butragueno, Manolo Sanchis dan Michel Gonzalez. - BERNAMA

 

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.