ad
AGENSI

PKPS hanya bekalkan beg plastik untuk pembelian ayam, daging, ikan

20 Feb 2023, 11:30 AM
PKPS hanya bekalkan beg plastik untuk pembelian ayam, daging, ikan
PKPS hanya bekalkan beg plastik untuk pembelian ayam, daging, ikan

Oleh DIANA ABD WAHAB

KUALA SELANGOR, 20 FEB: Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) mengehadkan pemberian beg plastik untuk setiap pengunjung jualan murah bagi mengisi barangan basah seperti ayam, daging dan ikan.

Penolong Pengurus Kewangannya berkata barangan lain seperti telur, minyak masak dan beras tidak dibekalkan beg plastik bagi menyokong kempen bebas plastik yang giat dilaksanakan PKPS sejak 7 Februari lalu.

[caption id="attachment_567609" align="aligncenter" width="718"] Penolong Pengurus Kewangan PKPS Zul Hanafi Mohd Isal. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/SELANGORKINI[/caption]

“Namun sekiranya pembeli tidak membawa beg sendiri dan perlukan beg plastik untuk mengisi barangan tersebut mereka boleh membelinya pada harga 20 sen bagi setiap unit.

“Sebenarnya ramai yang minta beg plastik lebih tetapi sebaik diberitahu kita kenakan bayaran 20 sen bagi setiap beg plastik ramai yang batalkan hasrat itu,” kata Zul Hanafi Mohd Isal ditemui pada program Jelajah Ehsan Rakyat di Tapak Pasar Malam Alam Jaya di sini, hari ini.

Bermula 7 Februari lalu PKPS menyarankan agar pengunjung membawa beg sendiri untuk mengisi barangan yang dibeli bagi menyokong kempen bebas beg plastik yang dilaksanakan Kerajaan Negeri.

Selangor mula melarang penggunaan beg plastik pada setiap Sabtu sejak 2009 sebelum diperluas kepada tujuh hari seminggu mulai 2017.

 

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.