ad
AGENDA

MB saran masyarakat India mohon pinjaman khas kembang niaga, peluang tingkat sosioekonomi

20 Feb 2023, 5:25 AM
MB saran masyarakat India mohon pinjaman khas kembang niaga, peluang tingkat sosioekonomi
MB saran masyarakat India mohon pinjaman khas kembang niaga, peluang tingkat sosioekonomi

SHAH ALAM, 20 FEB: Masyarakat India yang memerlukan modal untuk meneroka dan mengembangkan perniagaan boleh memohon skim Pembangunan Usahawan India Selangor (Sitham).

Dato’ Menteri Besar berkata program berkenaan dirangka khusus bagi mendorong mereka menjana pendapatan melalui kemahiran keusahawanan sekali gus meningkatkan sosioekonomi.

“Insiatif tawaran Yayasan Hijrah Selangor (Hijrah) ini melatih masyarakat India agar menjadi usahawan mikro berkemahiran .

“Skim ini terbuka bagi mereka yang ingin meneroka peluang perniagaan selain yang memerlukan modal untuk mengembangkan perniagaan,” kata Dato’ Seri Amirudin Shari di Facebook.

[caption id="attachment_508260" align="aligncenter" width="729"] EXCO Pembangunan Usahawan Rodziah Ismail menyerahkan geran peralatan kepada penerima Program Pembangunan Usahawan India Selangor (SITHAM) di Taman Desa Utama, Klang pada 9 Februari 2022. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI[/caption]

Amirudin berkata program berkenaan merangkumi latihan, bimbingan dan geran bantuan peralatan perniagaan dengan hampir 4,500 usahawan menerima pembiayaan RM70 juta dari Januari hingga Julai tahun lalu.

“Warga Selangor yang berminat diseru memohon skim ini untuk manfaat perniagaan,” katanya.

Selain Sitham, Hijrah turut menawarkan skim i-Bisnes, Zero to Hero, i-Bermusim, Niaga Darul Ehsan (NaDI), Go Digital, i-Lestari dan i-Agro.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.