ad
AGENDA

Sarjan polis ditemui maut dengan tiga kesan tembakan

19 Feb 2023, 3:10 PM
Sarjan polis ditemui maut dengan tiga kesan tembakan

GEORGE TOWN, 19 FEB: Seorang anggota polis berpangkat sarjan ditemukan maut dengan tiga kesan  tembakan dalam kejadian di kawasan belakang Balai Polis Bayan Lepas, dekat sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Supt Kamarul Rizal Jenal, berkata, dalam kejadian jam 3.30 petang itu, sepucuk pistol turut ditemukan pada mayat mangsa berusia 51 tahun itu yang bertugas di balai berkenaan.

"Anggota polis itu meninggal dunia dengan kesan tembakan di leher, dada dan kepala serta pihak polis turut menemukan sepucuk pistol berada bersamanya," katanya, dalam kenyataan, malam ini.

Katanya, kes tersebut masih dalam siasatan.

Menurutnya, pihak polis menasihatkan agar orang ramai tidak menyebarkan sebarang spekulasi berhubung kejadian tersebut.

-- BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.