ad
AGENDA

Menteri: Tidak wajar anjur perarakan beri gambaran tidak baik terhadap Islam

19 Feb 2023, 11:00 AM
Menteri: Tidak wajar anjur perarakan beri gambaran tidak baik terhadap Islam

SHAH ALAM, 19 FEB: Perarakan menggunakan simbol Islam yang menimbulkan kegelisahan masyarakat tidak wajar diadakan di negara ini.

Menteri Agama Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar menjelaskan perbuatan sedemikian boleh memberi gambaran yang tidak baik kepada agama dan negara.

“Lebih baik penganjur menonjolkan nilai-nilai Islam yang bersifat damai, mengajak kepada perpaduan dan kesejahteraan,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Jumaat lalu, Pemuda PAS berarak dalam program Himpunan Pemuda Islam Terengganu dengan membawa replika pedang, lembing dan perisai di Setiu, Terengganu. Foto tersebut tular di media sosial dan mencetuskan kontroversi.

Justeru, Dr Mohd Na'im menyeru semua pihak bertanggungjawab kepada keamanan dan keharmonian dalam masyarakat selain mengelak tindakan yang mengundang kegelisahan awam.

Beliau berkata pihaknya menyerahkan perkara itu kepada pihak berkuasa untuk membuat siasatan jika penganjur menyalahi peraturan berkaitan keselamatan negara.

"Semua pihak bertanggungjawab untuk menyeru kepada keamanan dan keharmonian dalam masyarakat. Apa-apa tindakan yang mengundang kegelisahan awam perlulah dielakkkan sama sekali," katanya.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.