PETALING JAYA, 19 FEB: Sejumlah 30 pasukan telah mengesahkan penyertaan dalam kejohanan Piala Presiden dan Piala Belia 2023 anjuran Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) bermula Mac ini.
Menerusi majlis undian bagi kedua-dua kejohanan bola sepak kategori remaja itu yang berlangsung di sini hari ini, 17 daripada 30 pasukan akan bersaing dalam Piala Presiden yang dijadual bermula dengan perlawanan peringkat kumpulan pada 16 Mac.
Sementara itu bagi Piala Belia, sejumlah 13 pasukan akan memulakan saingan peringkat kumpulan pada 17 Mac.
Pasukan-pasukan yang bertanding ini diasingkan ke dalam empat zon bagi Piala Presiden dan tiga zon bagi Piala Belia mengikut mekanisme undian ditetapkan.
Majlis undian selepas Taklimat Pasukan Piala Presiden dan Piala Belia musim 2023 itu turut dihadiri Naib Presiden FAM Mohd Firdaus Mohamed dan Exco FAM Md Dali Wahid.
Berikut merupakan keputusan undian bagi saingan Piala Presiden dan Piala Belia musim 2023:
Piala Presiden
Zon A: Sri Pahang FC, Pulau Pinang FA, Kelantan United FC, Kedah Darul Aman FC C, Terengganu FC III
Zon B: Penang FC, Kelantan FC, Perak FC III, Akademi Mokhtar Dahari B-17
Zon C: Sabah FC, KL City FC, Negeri Sembilan FC, Selangor FC B-20
Zon D: Melaka FA, Kuching City, JDT III, PDRM FC
Piala Belia
Zon A Sri Pahang FC, Kedah Darul Aman FC D, Akademi Mokhtar Dahari B-16, Penang FC, Melaka FA
Zon B: SSTMI, Kelantan FA, Pulau Pinang FA, Terengganu FC IV
Zon C: Sabah FC, Selangor FC B-18, JDT IV, KL City FC
-- BERNAMA