ad
BERITA UTAMA

5,000 pengunjung meriahkan jelajah bantuan rakyat di Oasis Batang Kali

19 Feb 2023, 6:01 AM
5,000 pengunjung meriahkan jelajah bantuan rakyat di Oasis Batang Kali

HULU SELANGOR, 19 FEB: Jelajah Kita Selangor Penyayang (JKSP) Hulu Selangor hari ini dimeriahkan dengan kehadiran kira-kira 5,000 pengunjung.

EXCO Pembangunan Luar Bandar Borhan Aman Shah berkata sempena JKSP segala inisiatif dan insentif Kerajaan Negeri untuk manfaat rakyat diketengahkan bagi memberi informasi lebih jelas kepada mereka.

“Jelajah ini antara pendekatan menghebahkan 44 program Kerajaan Negeri kepada rakyat.

“Pada program hari ini juga kita sampaikan pelbagai jenis bantuan termasuk bantuan sumbangan wang ihsan kepada waris keluarga mangsa kejadian tanah runtuh di Batang Kali, penyampaian program bantuan kembali ke sekolah, bantuan alat tulis dan surat kelulusan hak milik individu pemilik rumah di Bandar Sungai Buaya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas program JKSP Hulu Selangor di Oasis Batang Kali, hari ini.

Borhan berkata JKSP menyediakan pengunjung maklumat lebih terperinci mengenai program dilaksanakan Kerajaan Negeri untuk rakyat.

“JKSP adalah usaha berterusan Kerajaan Negeri untuk memberikan penjelasan dan mengajak rakyat bersama-sama dengan hasrat dan cita-cita kerajaan untuk menjadikan Selangor sebagai sebuah negeri maju, sejahtera selain terisi dengan pelbagai pengisian serta pelaksanaan untuk manfaat rakyat,” katanya.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.