ad
AGENDA

Orang ramai diminta guna fasiliti kesihatan berhampiran untuk kes biasa, bukan kecemasan

18 Feb 2023, 8:50 AM
Orang ramai diminta guna fasiliti kesihatan berhampiran untuk kes biasa, bukan kecemasan
Orang ramai diminta guna fasiliti kesihatan berhampiran untuk kes biasa, bukan kecemasan

PUTRAJAYA, 18 FEB: Orang ramai diminta menggunakan fasiliti kesihatan berhampiran untuk rawatan kes biasa dan bukan kecemasan bagi membantu mengurangkan kesesakan di Jabatan Kecemasan Hospital Cyberjaya.

Dalam kenyataan hari ini, susulan isu penolakan pesakit di hospital itu pada 10 Februari lepas, Pengarah Kesihatan Negeri Selangor Datuk Dr Sha'ari Ngadiman berkata Jabatan Kecemasan Hospital Cyberjaya memberi keutamaan kepada kes kecemasan dan kritikal.

Beliau berkata Hospital Cyberjaya yang mula beroperasi 11 November lalu menawarkan perkhidmatan kecemasan, Obstetrik dan Ginekologi, Pediatrik, Perubatan Am, Pembedahan Am, Patologi, Radiologi dan Anestesiologi serta Jabatan Farmasi juga telah mula membekalkan ubat-ubatan mengikut perkhidmatan disediakan.

"Orang awam boleh mendapatkan perkhidmatan di Hospital Cyberjaya melalui Klinik Pakar dan Jabatan Kecemasan," katanya.

[caption id="attachment_518401" align="alignleft" width="500"] Pengarah Kesihatan Selangor Datuk Dr Sha'ari Ngadiman. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI[/caption]

Terdahulu, tular di Twitter seorang pengguna @adlisabatrisyia membangkitkan isu Hospital Cyberjaya yang didakwanya kakitangan tidak mahu menerima pesakit.

Dr Sha'ari berkata sebarang usaha ke arah penambahbaikan penyampaian perkhidmatan di hospital itu sentiasa dialu-alukan dan dipertimbangkan sewajarnya.

"Orang ramai digalakkan mengemukakan sebarang maklum balas atau cadangan melalui Unit Perhubungan Awam Hospital Cyberjaya di emel [email protected]," katanya.

- BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.