ad
ADN

Pelbagai acara menarik di mini karnival DUN Templer esok

18 Feb 2023, 5:14 AM
Pelbagai acara menarik di mini karnival DUN Templer esok
Pelbagai acara menarik di mini karnival DUN Templer esok

Oleh AZIAN AZIZ

SHAH ALAM, 18 FEB: Dewan Undangan Negeri (DUN) Taman Templer akan menganjurkan Mini Karnival Kasihku Templer di gelanggang futsal Apartmen Merak, Bukit Idaman, Selayang esok.

Pegawai khas Ahli Dewan Negeri (ADN) Taman Templer berkata program anjuran bersama parlimen Selayang yang bertujuan mengerat hubungan komuniti dengan pemimpin bermula jam 8 pagi hingga 12 tengah hari.

"Pelbagai acara menarik diadakan untuk kanak-kanak dan dewasa antaranya mewarna kanak-kanak, makan biskut berpasangan, batu seremban wanita, memasak, sepak raga berkain batik dan dam.

"Selain hadiah untuk pemenang pertandingan, kita juga mengadakan cabutan bertuah untuk penduduk," kata Rosli Kamaruddin.

Jelas beliau ADN Taman Templer Sany Hamzan dijangka hadir bagi memeriahkan mini karnival berkenaan.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.