ad
PBT

Pasang CCTV langkah wajar tangani isu tapak sampah haram

17 Feb 2023, 9:43 AM
Pasang CCTV langkah wajar tangani isu tapak sampah haram
Pasang CCTV langkah wajar tangani isu tapak sampah haram

Oleh Shamz Johan

SELAYANG, 17 FEB: Cadangan pemasangan kamera litar tertutup (CCTV) bagi mengatasi isu pembuangan sampah di tapak haram di Kampung Tengah, Gombak antara tindakan yang akan diambil.

Penolong pengurus besar bahagian komunikasi korporat KDEBWM berkata cadangan tersebut amat bagus dan berharap pihak berkuasa tempatan (PBT) dan Jabatan Kerja Raya (JKR) akan berbincang bagi merealisasikan perkara tersebut.

"Kita lihat langkah terbaik. Pemasangan CCTV antara langkah wajar untuk mengelak masalah sama berulang selain menutup lokasi pembuangan sampah di tapak haram.

[caption id="attachment_567061" align="aligncenter" width="500"] Pekerja KDEB Waste Management (KDEBWM) memasang pita kuning bagi mengelak orang ramai membuang sampah di tepi jalan Kampung Tengah, Gombak pada 15 Februari 2023. Foto ihsan KDEBWM[/caption]

"Buat masa ini, kita sudah pasang pita kuning bagi mengawal, mencegah dan menghalang individu tidak bertanggungjawab membuang sampah," kata Mahfuzah Muhammad Tarmidi kepada Selangorkini

Rabu lalu, KDEBWM bersama Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal dan Kesihatan (JPSPK) Majlis Perbandaran Selayang (MPS) menjalankan operasi pembersihan sampah di tepi jalan Kampung Tengah.

 

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.