ad
AGENSI

Mais-MyEG rancang kerjasama permudah kutipan fidyah, kaedah bayaran lebih efisien

15 Feb 2023, 5:14 AM
Mais-MyEG rancang kerjasama permudah kutipan fidyah, kaedah bayaran lebih efisien
Mais-MyEG rancang kerjasama permudah kutipan fidyah, kaedah bayaran lebih efisien

Oleh SHAMZ JOHAN

SHAH ALAM, 15 FEB: Majlis Agama Islam Selangor (Mais) menerima lawatan syarikat perkhidmatan digital MyEG kelmarin bagi membincangkan kerjasama strategik berkaitan kutipan fidyah dan kaedah pembayaran yang lebih efisien.

Pengarah Baitulmal Mais Indera Shahril Mohd Shahid berharap kerjasama berkenaan dapat dijayakan demi kepentingan umat Islam dalam melunaskan tanggungjawab berkenaan.

"Semoga jalinan kerjasama ini dapat mengeratkan hubungan dua hala di antara Mais dan MyEG," katanya di Facebook.

[caption id="attachment_566588" align="aligncenter" width="738"] Majlis Agama Islam Selangor menerima lawatan syarikat perkhidmatan digital MyEG di ibu pejabat Mais, Shah Alam pada 13 Februari 2023. Foto Facebook Majlis Agama Islam Selangor[/caption]

Bertempat di ibu pejabat Mais di sini, kunjungan MyEG diketuai Eksekutif Kanan Bahagian Projek Sha Raiza Abd Razak manakala Mais diwakili Ketua Bahagian Harta Baitulmal Mohd Romzi Abdullah Sani.

Tahun lalu, Mais mengagihkan sejumlah RM3.38 juta agihan fidyah kepada 20,931 penerima sepanjang Januari hingga November.

Daripada jumlah itu RM1.55 juta diagihkan kepada 14,333 penerima menerusi sumbangan kotak makanan manakala RM1.83 juta lagi diagihkan kepada 6,598 penerima dalam bentuk wang tunai.

Masyarakat Islam yang ingin membayar fidyah secara dalam talian boleh berbuat demikian menerusi pautan fpx.mais.gov.my/epay/fidyah.php

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.