SHAH ALAM, 15 FEB: Buat julung kalinya, Kerajaan Negeri menerusi Perbadanan Teknologi Maklumat Ekonomi Digital Selangor (Sidec) membawa 10 syarikat pemula di Malaysia menyertai program Pitch Malaysia USA Series di Amerika Syarikat pada 25 April depan.
EXCO pelaburan berkata program yang berlangsung sehingga hingga 3 Mei antara acara utama Sidec bertujuan memberi pendedahan kepada syarikat pemula di tanah air untuk lebih berdaya saing.
Dato’ Teng Chang Khim menjelaskan antara kriteria untuk menyertai program tersebut termasuklah syarikat pemula berstatus pemerbadanan (Incorporated) kurang daripada 10 tahun di Malaysia dan lebih kepada penggunaan teknologi berinovatif.
[caption id="attachment_566518" align="aligncenter" width="713"] EXCO Perindustrian dan Perdagangan Dato’ Teng Chang Khim berucap selepas merasmikan Ruang Pejabat Sandbox Selangor (SSCS) di i-City Shah Alam pada 14 Februari 2023. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI[/caption]
"Selain itu, syarikat menghasilkan pendapat sebenar sekurang-kurangnya US$1 juta (RM4.35 juta) dalam tempoh setahun. Kita melihat secara menyeluruh dan bukannya sekadar penubuhan syarikat semata-mata.
"Kita menitikberat syarikat pemula berkaitan teknologi atau penggunaannya. Syarikat pemula ini tidak semestinya yang mencipta teknologi asalkan dapat memberi perkhidmatan lebih baik," katanya selepas merasmikan Ruang Pejabat Sandbox Selangor di ibu pejabat Sidec di sini, semalam.
[caption id="attachment_566517" align="aligncenter" width="725"] (Dari kiri) Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Sidec Yong Kai Ping, EXCO Perindustrian dan Perdagangan Dato' Teng Chang Khim, Duta Besar Amerika Syarikat Brian D Mc Feeters dan CEO Invest Selangor Dato' Hasan Azhari Idris memotong riben sebagai gimik perasmian Ruang Pejabat Sandbox Selangor di i-City Shah Alam pada 14 Februari 2023. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI[/caption]
Chang Khim turut berharap syarikat pemula terlibat dapat memanfaatkan peluang tersebut untuk menyakinkan pelabur untuk melabur dalam perniagaan mereka.
"Ini sebahagian usaha Kerajaan Negeri dalam membantu usahawan memperkenalkan produk masing-masing dan sekali gus melahirkan syarikat berstatus unicorn (US$1 bilion) menjelang 2025," katanya.
Syarikat pemula boleh memohon menyertai program Pitch Malaysia USA Series bermula 20 Februari hingga 10 Mac. Sidec akan mengumumkan 10 syarikat pemula terpilih pada 16 Mac depan.
[caption id="attachment_566519" align="aligncenter" width="764"] EXCO Perindustrian dan Perdagangan Dato’ Teng Chang Khim bergambar bersama wakil syarikat pemula selepas sesi libat urus antara Perbadanan Teknologi Maklumat Ekonomi Digital Selangor (Sidec) dan kedutaan Amerika Syarikat ketika pelancaran Ruang Pejabat Sandbox Selangor (SSCS) di i-City Shah Alam pada 14 Februari 2023. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI[/caption]